Yui (penyanyi)
Yui (penyanyi)

Yui (penyanyi)

Yui (lahir 26 Mac 1987), juga dikenali sebagai YUI, merupakan penulis lagu dan penyanyi, pemain pelbagai instrumen dan pelakon. Dilahirkan dan dibesarkan di Wilayah Fukuoka, beliau bermain secara langsung di pelbagai lokasi di kampungnya sebelum diketahui oleh Sony Music Jepun ketika berumur 17 tahun dan mengeluarkan debut singlenya berbulan-bulan kemudian. Bagaimanapun single beliau hanya mencapai kejayaan sederhana sehingga munculnya "Good-bye Days", yang telah berada di dalam carta selama 44 minggu di Oricon dan menjadikannya sebagai salah seorang bintang baharu industri muzik Jepun ketika itu.[1]Sejak album debutnya, From Me to You diterbitkan, setiap album solonya sentiasa mendapat tempat teratas carta, dengan satu single dari setiap album mengungguli tempat pertama carta Oricon dari tahun 2007 sehingga 2012, iaitu lima kali berturut-turut dari pertengahan 2008 hingga penghujung 2010.[2]Beliau sangat popular di Jepun dan negara-negara berhampirannya, mengungguli tempat pertama pada tahun 2011 melalui undi "Artis Wanita Paling Disayangi" oleh Count Down TV[3] dan "Artis Yang Ingin Dikahwini" melalui Music Station,[4] serta "Artis Jepun Paling Popular" melalui Radio Television Hong Kong.[5]Beliau berhenti menjadi artis solo pada tahun 2012 dan membentuk kumpulan muzik Flower Flower pada 2013.

Yui (penyanyi)

Pekerjaan Penyanyi-penulis lagu, pemain gitar, pelakon
Pengkarya berkait Flower Flower
Instrumen Vokal, gitar, gitar bass, gitar elektrik, piano, dram
Syarikat rakaman Studioseven, Gr8!, Leaflet
Laman sesawang yui-net.com
Kelahiran (1987-03-26) 26 Mac 1987 (umur 32)
Wilayah Fukuoka, Jepun
Genre Pop, Rock
Tahun aktif 2004–kini

Rujukan

WikiPedia: Yui (penyanyi) http://www.afachan.asia/2014/03/jpop-yui-diagnosed... http://www.j-station.com.br/index.php/2011/01/conf... http://www.yui-net.cc/yuitour2008/index.html http://www.allmusic.com/album/i-loved-yesterday-r1... http://www.allmusic.com/artist/p880417 http://www.animenewsnetwork.com http://aramajapan.com/news/yui-has-given-birth/210... http://www.billboard-japan.com/goods/detail/275350 http://world-of-yui.blogspot.com/2007/12/new-yui-s... http://abcnews.go.com/Entertainment/wireStory?id=1...